Tuesday, 18 August 2015

apa itu SKOR APGAR

SKOR APGAR


Duluuu....time mummy baru dapat buku baby color biru tuu...ada 1 benda yg mummy langsung x paham..skor apgar..dlm buku baby tu kna tulis 9/10...binggung mummy time tu...tnya nurse pun masih x paham...oleh kerana mummy ni jenis mempunyai perasaan ingin tahu yg agak tinggi eh mcm ayat lain untuk penyibuk jaa :) maka mummy dgn sungguh2 tanya pada encik Google..dapat laa jawapannyaaa...
jadi mummy tulis entry ni..utk jawapan kepada persoalan2 dlm minda mommies (manatau ada mommies yg otak dia lebih kurang otak mummy kann)
jommm baca..


feeling rindu ada baby pula...

info..
skor apgar bermula sejak tahun 1952 oleh seorang doktor bius yg bernama Virginia Apgar.  Perkataan APGAR itu sendiri adalah gabungan dari kata;

Activity (aktiviti)
Pulse (nadi)
Grimace (ekspresi muka)
Appearance (penampilan)
Respiration (pernafasan)

Ia merangkumi 5 perkara iaitu
1. Warna kulit
2. Degupan jantung
3. Kadar pernafasan
4. Otot
5. Tindak balas terhadap tiub

WARNA KULIT
jika kulit berwarna biru atau pucat skor 0
jika biru di hujung kaki tangan tetapi badan berwarna merah jambu skor 1
jika keseluruhan badan berwarna merah jambu skor 2

DEGUPAN JANTUNG
boeh dilakukan pada dada atau talipusat
jika masih tiada 0
degupan perlahan iaitu kurang daripada 100 per minit skor 1
degupan lebih daripada 100 per minit skor 2

KADAR PERNAFASAN
jika bayi keluar tidak bernafas skor 0
bernafas tetapi perlahan skor 1
jika bayi terus menangis dan bernafas skor 2

OTOT
lembik skor 0
ada gerakan di hujung kaki tetapi badan lembik skor 1
kaki dan tangan bergerak aktif skor 2

TINDAK BALAS TERHADAP TIUB
bayi baru lahir dipenuhi air, jadi doktor atau nurse akan menyedut hidung dan mulut menggunakan tiub suction
jika bayi diam semasa disedut skor 0
jika bayi menunjukkan pergerakan mimik muka skor 1
jika bayi batuk atau bersin skor 2

Apa maksud skor tersbut?
Bayi yg mendapat skor 8 - 10 bermaksud bayi berada dalam keadaan yg terbaik dan hanya perlu pengawasan rutin.

Bayi yg mendapat skor 5 - 7 bermaksud bayi dalam keadaan yg sederhana dan memerlukan bantuan pernafasan. Bayi akan diberikan oksigen sehingga keadaanya beransur baik.

Bayi yang mempunyai skor di bawah 5 bermaksud bayi dalam keadaan yg tidak baik, dan memerlukan jagaan rapi.  bayi akan ditempatkan di tempat khas yg mempunyai haba, cahaya dan dan oksigen yg cukup untuk membantunya pulih.  Pakar akan dipanggil untuk merawat bayi tersebut.

Skor apgar akan diulang kepada bayi yg mempunyai skor rendah, ia adalah untuk memastikan bayi telah berada dalam keadaan yg baik dan stabil.

Semoga info ini membantu memberi lebih maklumat tentang bayi yg baru lahir.

1 comment: