Friday, 21 August 2015

ayam goreng kfc versi mummy jay

Bila anak request ayam goreng kfc

Pagi2 lagi hero mummy request ayam goreng kfc... (kfc x buka lagi la nakk)
Oleh kerana dari semalam adik ni sebut2 ayam goreng...maka mummy pun pura2 rajin laa...buat ayam goreng paling simple...

Jom tgk resepi mummy ni...
😊😊😊

1. Sayap ayam (mummy potong 2)
2. Sebiji telur
3. Tepung kfc
4. Minyak untuk menggoreng

Cara masak..

Bersihkan sayap ayam
Lap sayap dgn tisu dapur..jgn guna tisu muka okeh..nt tisu tu melekat pada ayam 😂..
Pecahkan telur dlm mangkuk lain (cuci telur tu dulu okeh)..
mommies yg rajin boleh asingkan telur putih n kuning..guna telur putih sj..
Kacau telur pki garfu..
Celupkan sayap ayam tadi ke dalam telur...
Lepas tu celup ke dalam tepung kfc td...
Pastikan minyak suda panas dlm kuali baru masukkan sayap ayam tadi...
Goreng sehingga masak..
Api jangan kuat..nt luar sudah hangus..isi blm masak..

Simple kann...
Ok..lepas ni..boleh laa mommies goreng ayam ala2 kfc bila c comel merequest ayam kfc..

Tuesday, 18 August 2015

apa itu SKOR APGAR

SKOR APGAR


Duluuu....time mummy baru dapat buku baby color biru tuu...ada 1 benda yg mummy langsung x paham..skor apgar..dlm buku baby tu kna tulis 9/10...binggung mummy time tu...tnya nurse pun masih x paham...oleh kerana mummy ni jenis mempunyai perasaan ingin tahu yg agak tinggi eh mcm ayat lain untuk penyibuk jaa :) maka mummy dgn sungguh2 tanya pada encik Google..dapat laa jawapannyaaa...
jadi mummy tulis entry ni..utk jawapan kepada persoalan2 dlm minda mommies (manatau ada mommies yg otak dia lebih kurang otak mummy kann)
jommm baca..


feeling rindu ada baby pula...

info..
skor apgar bermula sejak tahun 1952 oleh seorang doktor bius yg bernama Virginia Apgar.  Perkataan APGAR itu sendiri adalah gabungan dari kata;

Activity (aktiviti)
Pulse (nadi)
Grimace (ekspresi muka)
Appearance (penampilan)
Respiration (pernafasan)

Ia merangkumi 5 perkara iaitu
1. Warna kulit
2. Degupan jantung
3. Kadar pernafasan
4. Otot
5. Tindak balas terhadap tiub

WARNA KULIT
jika kulit berwarna biru atau pucat skor 0
jika biru di hujung kaki tangan tetapi badan berwarna merah jambu skor 1
jika keseluruhan badan berwarna merah jambu skor 2

DEGUPAN JANTUNG
boeh dilakukan pada dada atau talipusat
jika masih tiada 0
degupan perlahan iaitu kurang daripada 100 per minit skor 1
degupan lebih daripada 100 per minit skor 2

KADAR PERNAFASAN
jika bayi keluar tidak bernafas skor 0
bernafas tetapi perlahan skor 1
jika bayi terus menangis dan bernafas skor 2

OTOT
lembik skor 0
ada gerakan di hujung kaki tetapi badan lembik skor 1
kaki dan tangan bergerak aktif skor 2

TINDAK BALAS TERHADAP TIUB
bayi baru lahir dipenuhi air, jadi doktor atau nurse akan menyedut hidung dan mulut menggunakan tiub suction
jika bayi diam semasa disedut skor 0
jika bayi menunjukkan pergerakan mimik muka skor 1
jika bayi batuk atau bersin skor 2

Apa maksud skor tersbut?
Bayi yg mendapat skor 8 - 10 bermaksud bayi berada dalam keadaan yg terbaik dan hanya perlu pengawasan rutin.

Bayi yg mendapat skor 5 - 7 bermaksud bayi dalam keadaan yg sederhana dan memerlukan bantuan pernafasan. Bayi akan diberikan oksigen sehingga keadaanya beransur baik.

Bayi yang mempunyai skor di bawah 5 bermaksud bayi dalam keadaan yg tidak baik, dan memerlukan jagaan rapi.  bayi akan ditempatkan di tempat khas yg mempunyai haba, cahaya dan dan oksigen yg cukup untuk membantunya pulih.  Pakar akan dipanggil untuk merawat bayi tersebut.

Skor apgar akan diulang kepada bayi yg mempunyai skor rendah, ia adalah untuk memastikan bayi telah berada dalam keadaan yg baik dan stabil.

Semoga info ini membantu memberi lebih maklumat tentang bayi yg baru lahir.

Monday, 17 August 2015

anak saya menggigit kuku

TIPS HENTIKAN ANAK MENGGIGIT KUKU

Anak adik mummy yang sulung..ada satu tabiat buruk iaitu suka MENGGIGIT KUKU ....
berkali2 ditegur...dia stop (time kena tegur saja)..lepas tu..esok2 buat lagi...dan kuku dia memang sungguh hodoh x cantik...

oleh kerana risau tengok dia...asyik menggigit kuku...
kami cuba beberapa tips ini....hasilnya masih belum ada tanda positif...kerana masih baru dipraktikkan...doakan semoga tips ini berhasil untuk anak adik mummy ni yaa...
mummy cuba menulis di sini...supaya rakan2 yg ada masalah yg sama bolehlah cuba tips ini..
tips yg rasa2 boleh digunapakai tuu...sila gunaa...yg macam x boleh tuu..sila ketepikan ;)

ok..jom tengok tipsnya...

1. Manipulasi minda si kecik

setiap kali si kecik mula menggigit kuku..tegur dia..
"eh!!..kuku kotor laa..tadi main2 d luar kan..di luar ada banyak tahi..jangan2 di kuku pun ada tahi ayam tuu..kalo gigit2 jari nanti tahi ayam tu masuk dalam mulut"...
haaa..try manipulasi minda dia

2. Minta kerjasama dengan org sekeliling untuk menasihati si kecik

cari org lain yg rapat dengan si kecik... makcik kaa..pakcik kaa..nenek kaa..datuk kaa..atau cikgu dia.. minta org yg rapat dgn si kecik ini untuk menasihati dia supaya berhenti untuk menggigit kuku..
kadang2 org lain ni lagi power penerimaan si kecik...banding kita mama dia...hihi

3. Beri ganjaran

ini budak2 suka...beri ganjaran..bagitau si kecik..kalo dia berjaya menghentikan tabiat menggigit kuku..kita akan bagi hadiah...
perhatikan si kecik..jika sepanjang hari ini dia berjaya kurangkan tabiat gigit kuku..bagi la dia hadiah..janganlah tunggu si kecik betul2 suda stop tabiat dia ni baru mau bagi hadiah...
ganjaran ini pasti akan encourage si kecik untuk menghentikan tabiat dia ni..
dannn..kalo suda janji dgn si kecik kenalah kotakan...

4. Celupkan larutan garam/asam atau cairan pahit di kuku si kecik

rasa masin, masam atau pahit amat tidak disukai oleh si kecik...bila dia terasa masin, masam atau pahit pada kuku suda pasti dia x akan masukkan jari ke mulutnya...
tapiii...mommies kena pastikan yg bahan celup tersebut adalah selamat untuk masuk ke dalam mulut si kecik...

5. Pastikan kuku si kecik sentiasa pendek

semakin panjang kuku si kecik..semakin senang dan seronoklah dia menggigit kan...jadi pastikan kuku si kecik sentiasa pendek...kena rajin cek kuku si kecik laa kann...

6. Beritahu si kecik kesan negatif

terangkan pada si kecik yg menggigit kuku ini boleh membawa penyakit, kerana kuku mengumpul bermacam macam jenis kuman..
jangan lupa bagitau juga yg menggigit kuku ini akan merosakkan kukunya yg mana boleh membuatkan dia kurang cantik...ini pasti membuat si kecik takut..lebih2 lagi jika si kecik adalah perempuan ;)

7. Galakkan si kecik membuat aktiviti yg menggunakan jari

jangan biarkan si kecik keseorangan menonton tv..ini akan membuatkan dia seronok menggigit kuku..galakkan si kecik membuat aktiviti seperti mewarna, melukis, bermain play doh...aktiviti ini akan mengehadkan masa si kecik menggigit kuku


Haaa...ini antara tips yg mommies boleh aplikasikan...
semoga tips ini boleh membantu mommies yg menghadapi masalah seperti adik mummy tuu...